Monday, March 29, 2010

::> Diet <::



setelah lama mendiamkan diri ku..
akhir nya aku kembali menaip di blog ku. walaupun sekarang hidup ku penuh dengan pancaroba..
tetap ku gagahi menempuhi nya ..
erm..aku sekarang sedang bertekad untuk berdiet
memandangkan berat badan ku naik tanpa aku sedari..
waa...sedih la juga..sudah lama tidak menimbang berat badan ku..terkejut aku di buat nya..
apabila memandang penimbang di bintang sewaktu membeli barang bersama naza.
hohohoho....67kg berat badan ku..kebiasaan nya berat badan aku hanya maintain dengan 64kg..salah satu faktor juga yang membuat kan aku mahu berdiet ialah classmate aku sudah berjaya menurunkan berat badan nya sebanyak 48kg selama setengah tahun tanpa makan nasi..aku betul2 teruja dengan perubahan yang ada pada diri nya...aku pernah berkata pada nya.."weh, sekarang ko lah idola aku untuk aku menurun kan berat badan ku ni..hehe". aku cuba untuk tidak makan nasi..erm..agak berjaya setakat ini..alhamdulillah..hehe..sudah lama juga aku tidak menjamah nasi..setiap hari aku hanya makan mengikut jadual yang telah aku sedia kan.. setiap pagi..aku akan minum susu+beberapa keping biskut..untuk tengahari aku makan sandwich yang aku buat wholegrain bread+tuna in water+sos cili+tomato fresh. dinner pula aku buat oat+susu+buah epal. itu lah menu ku setiap hari...jika terasa membosankan menu yang aku selalu sedia kan ..aku cuba mengubah nya dengan menu sup sayur..erm..tapi aku masih tidak nampak perubahan yang berlaku..mungkin aku perlu lebih berusaha. lagi pun kawan aku kata, aku masih permulaan..kenalah tunggu sebulan dua..baru lah nampak perubahan itu..
tidak sabar nya aku rasa untuk tunggu perubahan itu berlaku..hahaha~
aku juga mula melakukan aktiviti luar seperti joging ..aku beli kasut di kedai abg ku semata untuk aktiviti ini..huh!!!!sabtu dan ahad lepas aku br mula berjogging bersama teman ku di tasik..aku betul2 terasa sangat gembira kerana aku dapat melakukan nya..semangat aku sekarang untuk menurunkan berat badan ku berkobar2 rasa nya..
aku berharap apa yang aku buat ini..sangat2 berbaloi..


ini lah kasut sukan pertama yang aku berjaya juga beli dan menggunakan nya...pada 27hb/3/2010 buat pertama kali nya berjogging di tasik..hehe~


ini adalah salah satu menu dalam jadual makanan harian aku...aku hanya perlu lebih berusaha dan berusaha dan berusaha..yey~


kadang2 aku minum air oren ini juga waktu sarapan pagi bersama sekeping roti..