Sunday, December 13, 2009

"Duka Hati Seorang Isteri.."

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang

selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui

akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak

kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu

suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air

mataku meneyelinap kedalam diri.


Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku

melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh

tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang

menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak

bersisa lagi.


Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita

yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu

abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang

sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita

bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan

sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk

membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut

nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan

janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari

Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang

kedua untuk bersama sayang.



Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini

abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu

kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk

rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti

padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.



Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan

minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada

waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang

sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai

toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2

perkaran yang sentiasa

membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan

kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi

Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.



Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk

menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas

kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami

adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua

.kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan

milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang

selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang.

Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan

sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang

memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis

kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,

kita bantu Farah dan anak-anaknya.



Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di

Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di

rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat

Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.

Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita,

Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu

Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat

menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan

ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan

anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat

Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah

Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu

persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati

seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta

kami adalah Farah.



Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.

Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan

belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk

sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku

tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana

persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu?

Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan

suamiku sebegitu rupa.

Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses

ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.



Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu

diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan

suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di

kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk

itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di

kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara

cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali

sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang.

Lembut Suamiku menarikku kesisi.



"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.

Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang

abanag cari pada Farah?



Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"



Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku

bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang

walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya

kehilanganmu.



"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana

membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang

simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini

Farah masih dihatimu.



"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"



"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah,

Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian.

Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah

untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat

seperti

dahulu.



"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku

kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku

terdiam. Dia semakin resah.



"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu

bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina

alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku

tersenyum sendirian.



"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah

lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak

aku cuba mendapatkan kepastian.



"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada

ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.



"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba

memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.



"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH.." Dan aku cuma tersenyum

mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku

mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..



"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata

biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak

akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."



"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang

tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan

mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan

hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.



"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah

Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang

masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku

sudah terluka abang.



Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi..

yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang

dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang.

Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat

suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...



"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca

mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.



"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.



"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah

kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang

Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi

bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan

Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan

sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu

hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu..

Maafkan Sayang,Abang."



Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan

kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin

berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan

Abang.



Assalamualaikum suamiku.

No comments:

Post a Comment