Tuesday, April 1, 2014

::> Berkurun Lama Dah Berabuk Blog <::

Lama x menaip dalam blog ini..rindu pula rasanya..alhamdulillah aku masih lagi bernyawa hingga hari ini. macam-macam ragam sudah aku lalui sepanjang hidup ku. aku bakal bertunang tidak lama lagi.. 6/4/2014 seronok sangat rasa..hari dan waktu yang aku nanti-nanti kan..inshaallah..sepatutnya aku bertunang pada 1/3/2014. disebabkan ayah aku di timpa kemalangan jalanraya..majlis pertunangan aku terpaksa di tunda sebulan selepas nya..keadaan ayah aku juga teruk. kedua-dua tangan nya patah di sebabkan hentaman yang kuat, ayah menahan kepala dari terhentak di jalanraya..akibatnya kedua-dua tangan ayah aku patah. aku dapat rasa kan kesakitan nya apabila melihat airmata ayah bergenang di mata nya..walaupun aku kadang-kadang melawan cakap ayah tapi aku sayangkan ayah sepenuh hati aku.aku tidak mahu kehilangan ayah aku. ayah membuat keputusan tidak mahu membuat pembedahan kerana doktor memberitahu yang tangan ayah perlu masuk besi kerana pergelangan tulangnya hancur. darah ayah pun tinggi,mungkin kerana takut bila mendengar akan ada pembedahan. 3hari ayah aku berada di hospital kuala lipis..untuk mengubati tulang ayah, ahli keluarga bersetuju hantar ayah ke kelantan selama 3 minggu berturut-turut..kakak yang menghantar ayah ke sana. alhamdulillah tangan ayah sudah beransur pulih. cuma tangan kiri ayah masih terasa sakitnya. setelah bersedih seketika, aku berharap majlis pertunangan aku mendatangkan kegembiraan kembali kepada keluarga aku..inshaallah.. doa-doakan kebahagiaan aku...



No comments:

Post a Comment